29. Adulting phase
August 15, 2026 , 0 Comment
assalamualaikum. first entry in 2023. lama juga aku menghilang. yalah, macam-macam yang berlaku dalam tempoh aku menghilang. bulan lepas aku ada duduk ujian LJM (Lembaga Jururawat Malaysia). Ya, aku dulu ambik dip in nursing kat uitm samarahan (siapa yang pernah sama kampus meh la tegur haha). Pengalaman 3 tahun lebih yang best bagi aku. masa aku belum masuk U dulu, aku tak pernah terfikir nak ambik course nursing ni tau. Ni pun atas desakan mak aku yang pernah menolak tawaran ujian separa perubatan semasa beliau masih muda dulu. Bagi aku, belajar nursing ni benda baru sebab aku memang tak pernah terfikir atau terdengar langsung kewujudan course ni. Agak curious macam mana proses nak jadi misi. Tambahan pula aku dulu pun minat belajar biologi juga, jadi mungkin tak ada masalah untuk aku adapt untuk belajar nursing. Berbalik kepada ujian LJM tadi, aku sangat gembira sebab hari ini (3/10/23) dimana tarikh keluarnya keputusan ujian dan aku lulus ujian tersebut. Aku sebenarnya agak geram kenapa keputusan keluar agak lambat berbanding batch aku sebelum ini yang keluar tepat 2 minggu selepas ujian. Sedangkan masa tu aku ada attend satu interview, malangnya nasib tidak menyebelahi aku apabila aku gagal interview tersebut. Tidak apa, mungkin tiada rezeki untuk aku bekerja di sana. Aku percaya pada rezeki yang Allah beri. Update 15/8/26 Sekarang aku bekerja di hospital rehab swasta di sekitar PJ, 2.5tahun dah bekerja disini. Still surviving. :-) Taktahu nak cakap apa kat sini. Aku sekarang dah tak banyak cakap sejak masuk ke alam pekerjaan. Nak kata depressed tak jugak tapi aku ok je. Biasalah fasa dewasa ni memang sakit sikit. Kadang rasa macam tak ada hala tuju. Tapi apa pun thank you kepada yang sudi baca aku punya entries dalam blog aku ni. Lowkey rindu nak blogging. Bye all |
GREETINGS
![]() Welcome to my personal blog :) feeling free to navigate around. Don't forget to leave your footsteps in CBOX! CBOX
ARCHIVE
|