January 8, 2019

19. tidak OK


assalam. sehari harian mood aku swing. macam-macam perkara yang berlaku dua tiga hari ni. semalam aku ada konflik dengan kawan internet aku sebab dia kurang perhatian dari aku. sejujurnya, aku bukanlah seorang manusia yang reply message orang on time. aku pun ada juga kerja nak dibuat kat rumah selain reply message orang. kadang2, family members aku sendiri pun aku tak reply. aku lebih prefer luangkan masa aku baca artikel & tengok video kucing kat fb dari message dengan kawan2 or family.

satu lagi, masa aku main game habboon, aku alami sexual harrasment dari seorang stranger. dengan spontannya aku cakap aku bukan perempuan. dia cakap taste dia pun lelaki juga. aku apa lagi, aku marah dia balik, but in a good way. aku suruh dia jangan chat lagi. lepastu dia pergi tengking aku balik. aku macam tak faham. sebelum tu dia boleh pulak dirty talk dengan aku. siapa tak panas kalau ada orang cakap benda tak senonoh. aku tak faham dengan orang zaman sekarang, tak takut sembunyi aib sendiri.

anyway.. terima kasih sebab sudi baca luahan hati aku walaupun tak penting. sebab aku taktau nak luah kat siapa lagi selain Tuhan. anda readers sahaja yang sudi baca. walaupun sekejap. aku hargainya. jangan lupa tinggalkan 'footprint' anda di cbox!


3 comments:

zahi ♡ said...

Bab reply message tu sangat relatable 😂 selalu lupa nak reply even dah baca hahaha

Naja said...

Wujud lagi eh orang yang merajuk sebab tak balas msj. Hopefully dia grow up jadi lebih matang dan tak kisah pasal benda2 remeh ni. And bout that stranger, dunia game online mng mcm tu. Dekat internet lah dia keluar setannya. Lain kali jgn layan terus block.

rahin said...

kak zahi : kaaaan xD
kak naja : haah wujud kak.. tapi dia dah ok sekarang :D baik kak, saya dah block pun org tu hehe