assalamualaikum. lama dah tak jumpa sejak PT3 berlalu. macam mana PT3? hmm.... no comment. susah lah jugak walaupun dapat jawab. *jawab jelah walaupun taktau jawapan betul* sebenarnya, dalam aku belajar untuk PT3, aku pun belajar menunggang basikal gak. manalah tau kalau dah pandai nanti boleh naik motor. tahun depan boleh ambil lesen terus. *berangan* hakikatnya, aku mesti lalu jalan besar, sebab perjalanan dari rumah aku ke sekolah... ya Allah. jauh sungguh. kira-kira 15 km lah gitu.
ceritanya begini.. aku taktau yang basikal lama kakak aku sedang diservis. aku tarkajut tengok kakak aku naik basikal depan rumah. rupanya basikal tu dah jadi kepunyaan aku. yalahkan, badan kakak aku ni dah besaq.badan aku ni kecik macam semut. aku rasa bolehlah aku naik basikal kecik tu. aku pun rasa macam excited nak belajar naik basikal. aku dah berjanji dengan kakak aku suruh dia ajar aku naik basikal. dia ok ja. sampai waktu petang tu, dia tidur pulak. jadi makcik akulah yang ajar aku. hm bolehlah. apa salah nya kan?
aku naik berkali-kali atas basikal, aku bagai budak yang tak masuk ajar. newbie kan, tak dinafikan lagi. aku mengaku aku ni bebal sikit bab belajar. tapi, makcik aku sabar ja ajarkan aku. sekali aku berhenti kat simpang tiga, aku terpijak paku. unfortunately, paku tu berkarat. habis berdarah tapak kaki aku. tapi tak serius lah. darahnya tak mengalir dengan deras pun. i'm ok dun worry. mak aku pulak risau separuh nyawa bila tahu aku terpijak paku. aku terus dihantar ke klinik berdekatan.
paling malang sekali, aku terpaksa kena inject. nurse tu cakap injection kali ni lain sikit dari injection biasa. jarum dia besar SIKIT ja. ya, memang betul. rasanya macam mata lembing tercucuk kat lengan aku. aku menderita selama 2 minggu. dengan lenguh kat lengan kirinya. tangan sebelah pun terasa juga. nasiblah tak ada kerja kursus lagi masa tu.
suatu hari, jiran aku ajak aku main basikal. aku ambillah kasut, aku pakai terus. bukan takut kena pijak lagi, takut injection ja. hehe. aku ajaklah mak aku ajarkan aku naik basikal. alhamdulillah, dengan berkat ajaran mak aku, aku terus dapat naik basikal. gembiranya aku masa tu. tak terhingga. terima kasih mak kerana ajarkan aku naik basikal. jasamu akan ku kenang walaupun hanya dengan naik basikal.
thanks mom :) |