sorang lagi takde :> |
assalam. so hari ni hatiku terbuka untuk reveal band kegemaran aku iaitu Sunset Rollercoaster. Band yang berasal dari Taiwan ini terdiri daripada 6 orang ahli. Aku macam tak sangka macam mana aku boleh berminat dengan band dari Taiwan ini. Tapi minat aku pada mereka bermula dari Youtube, dimana Youtube rekomen aku lagu My Jinji.
Pada mulanya aku agak annoyed bila tengok Youtube asyik rekomen benda yang sama. Aku ego. Lepas tu, aku dah mengalah sebab video My Jinji asyik direkomen oleh Youtube hampir setiap hari. Aku mainkanlah terus video tersebut. Ternyata aku salah, lagu tersebut sangat cantik melodinya. Dengan nada yang rendah dan agak santai, aku tenggelam dalam keindahan melodi lagu tersebut.
Ok mungkin lagu tu taklah cantik sangat bagi orang lain. Tapi bagi aku, inilah contoh lagu yang menepati citarasa aku. Lagu yang tak rancak, tapi santai dan liriknya yang bermakna. Selepas aku dengar lagu ni selama berbulan-bulan, aku cari lagi lagu dari band yang sama. Tapi bosan pulak dengar dekat Youtube sebab lagu tak dapat dimainkan semasa telefon tidak dibuka. Jadi, aku download Spotify sebab aku tahu semua lagu best2 mesti ada kat Spotify. Tekaan aku betul. Lagu Sunset Rollercoaster ada di Spotify!!
Aku belajar untuk dengar semua lagu Sunset Rollercoaster kat Spotify. Rupanya banyak lagu yang aku jumpa menepati taste music aku. Cantik sangat2. Tapi aku terpaksa berhenti dengar buat seketika sebab masa tu SPM was just around the corner. Jadi, aku dengar lagu2 SR masa free time je. Memang best.
Tapi jujur aku cakap, aku bukan peminat fanatik tapi aku memang adore semua lagu Sunset Rollercoaster. member paling aku suka ialah KuoKuo. Aku ada follow dia dalam ig. Unexpectedly, he followed me back in return. Aku macam tak percaya. Dan sekarang aku tengah berperah otak nak dm dia sebab aku dah berhasrat nak dm dia lepas aku habis SPM. Nervous....