July 9, 2020

26. murung seketika


assalamualaikum. hello semua. lama tak update blog since 5 months ago. since PKP ni aku tak senang duduk. asyik terfikirkan macam mana nak kekalkan pointer yang cantik untuk sem kali ni. Yalah, online class kan. Aku actually setuju dan tak setuju kenapa online class dijalankan. Setuju sebab tak perlu berjumpa dengan ramai orang dan break the chain of infections. Tak setuju sebab sangat susah nak belajar sendiri di rumah, kalau course yang melibatkan pengkiraan mesti susah belajar sendiri :( aku menumpang simpati kepada sesiapa students yang kemurungan berikutan pelaksanaan online class. Aku tahu keadaan yang kita alami sekarang agak rumit untuk di lalui.

Aku akui, aku seorang yang tak pandai bahagi masa belajar dan lebih teruk lagi jika menghadiri online class di rumah sendiri. Bagi aku, rumah ni comfort zone terbesar aku since aku seorang penghuni kolej kediaman di kampus. Jadi, sangat sukar untuk aku terus fokus ketika online class berlangsung. Selain itu, aku juga agak tidak setuju jika group assignment di lakukan jika online class terus berlangsung untuk semester akan datang. Aku pantang kalau dapat group member yang buat kerja last minute walaupun aku di kenali dengan sifat pemalas. Aku harap semester seterusnya aku dapat menjadi yang lebih baik dan mendapat kawan-kawan yang bertimbang rasa dan memahami komitmen masing-masing dalam menjalankan group assignments.

Dan sekarang aku berada di dalam exam week. Ya, aku ada final assessment untuk sem kali ini. Walaupun perit untuk di hadap, tetap juga kena buat walaupun tak suka. Huhu. Doakan aku dapat buat yang terbaik untuj final assessment kali ni dan semoga aku dan kawan-kawan mendapat pointer yang indah untuk dipandang dan tidak akan repeat apa-apa paper untuk sem kali ni dan akan datang.


February 7, 2020

25. pengalaman

Assalamualaikum. setelah lama tak update blog. sepanjang aku berada di alam universiti, aku belajar banyak benda, peroleh ilmu yang banyak & kawan-kawan yang supporting. So far... aku dapat simpulkan yang belajar bidang kejururawatan ni seronoklah dan tak dinafikan, susah. tapi jangan risau, siapa yang tengah tunggu keputusan SPM keluar, dan terfikir nak ambil bidang kejururawatan, sangat digalakkan ya. aku mula-mula masuk nursing untuk suka-suka ja. tapi tulah, ada masa aku memang rasa nak give up sebab belum dapat adapt dengan persekitaran sekeliling tapi dah lama-lama akan menjadi kebiasaan. cuma percaya pada diri sendiri & sentiasa ingat yang tak semua benda kat dunia ni senang belaka.

lawatan di bangunan fakulti sains kesihatan di UNIMAS

ok nak dijadikan cerita, inilah praktikal yang pertama aku di hospital. aku agak nervouslah sebab kali pertama berinteraksi dengan manusia secara langsung kat hospital. ya, aku seorang introvert, jadi agak susah untuk aku berkomunikasi dengan orang yang aku tak kenal pada mulanya. aku cuba untuk mengelakkan rasa takut & gentar untuk berkomunikasi dengan staff nurse & pesakit memandangkan tugas kami di pantau oleh clinical instructor (CI) kami.



masa praktikal aku banyak jumpa wardmates dari institut lain antaranya doktor, MA & stn (student nurse) sendiri. kadang-kadang berbual dengan pesakit pun ada yang terkejut sebab kami baru 18 tahun dah praktikal di hospital. sepanjang praktikal juga banyak jumpa staff nurse yang sporting & tak jauh dari bertembung dengan nurse yang agak garang. haha. kalau pandai ambik hati dorang, sebenarnya dorang tak garang pun. perspektif setiap orang berbeza-beza. 

masuk dalam bidang kejururawatan ni banyak mengajar aku tentang berbuat baik sesama manusia tak kira jantina, umur, bangsa & agama atau pangkat. lecturer-lecturer selalu beri nasihat bahawa kita bekerja bukan sekadar membuta tuli, tapi atas dasar kemanusiaan. aku berfikir sejenak.. aku bertuah untuk memilih dan dipilih dalam bidang ini. aku harap aku akan cekal dalam menghadapi cabaran yang mendatang. ya, tiada benda yang senang di dunia ini.