February 3, 2022

28. Terperangkap (Throwback early covid 2020)

    Assalamualaikum. Hari ni walaupun aku ada kelas online, tapi aku tetap gagahkan diri nak update post baru, setelah sekian lama tak update. Jadi kita telah digemparkan dengan sebuah pandemik yang melanda dunia iaitu wabak Covid-19 dan negara kita telah memulakan Perintah Kawalan Pergerakkan atau MCO bermula dari bulan Mac lalu. Jadi, aku dengan besar hati nak share cerita kehidupan aku di Kolej Sri Gading sepanjang tempoh PKP (walaupun PKPB masih diteruskan sehingga kini)

    17 Mac 2020, tarikh di mana semua students di arahkan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Masa tu semua kelas di batalkan. Jadi, aku dan kawan-kawan ambil kesempatan ini untuk menghantar kawan aku yang asal dari Sabah pergi ke Kuching Airport. Kawan aku ni quit UiTM & decided untuk sambung belajar di institusi lain, jadi waktu tula kali terakhir kami berjumpa dengannya. Lagipun, dia pernah jadi wardmate aku sewaktu praktikal sem 1 dulu. Kami berdua agak rapat sebab dia suka kacau aku hahaha. Terindu pulak kat kau Jieee.

    Malam berikutnya, aku dan roommates decided untuk beli tiket online. Tetapi, tiket untuk penerbangan esok hari dah penuh, jadi kami ambil keputusan untuk balik ke kampung pada hari lusa. Malangnya... pihak kolej memberi notis bahawa tiada sorang pun students yang boleh balik ke kampung pada hari yang sepatutnya kami satu roommate akan balik. Tak dinafikan, kami satu bilik mengalami kemurungan yang agak teruk untuk minggu pertama PKP. Sedangkan kami dah rancang perjalanan balik dengan teliti, dengan harapan kami takkan berebut-rebut dengan students lain untuk pulang. 

    Bermulalah saat kami dikurung oleh pihak kolej selama sebulan lebih. First day of "quarantine" since lockdown di kuatkuasa seluruh negara, masa tu kami makan instant mee the whole day sebab cafe tak buka. Akhirnya semua students yang terperangkap disatukan dalam group whatsapp dengan JPK dan SRK. Masa ni aku ingatkan sikit ja yang tak sempat balik, rupanya ramai. Kesian gak dengan students dari semenanjung & Sabah. Masa tu ticket kapal terbang boleh tahan mahal and ada jugak yang berkemampuan dah pun beli ticket, malangnya terpaksa cancel atas sebab pihak U tak benarkan keluar kolej langsung. Nak minta refund pun susah. 

    Selama beberapa minggu kuarantin, kehidupan harian agak dull dan plain. Makan, mandi, tidur. Itu je la kerja kami sebilik. Beberapa hari selepas tu, lecturer umum nak buat online class. Masa ni ramai tak setuju sebab yalahkan, effective ka belajar secara online? Haha aku pun question benda ni juga, but alih-alih hmm not bad juga online class ni. Kena marah setakat dalam google meet je. Kalau marah depan-depan memang confirm cepat menangis. Alhamdulillah, dapat juga adapt dalam online class walaupun pada mulanya agak awkward sebab baru first time. 

    Paling salute dengan MPP UiTMKS sebab berusaha "bawak balik" students ke tempat asal. Tak dapat lupakan usaha YDP MPP yang pernah satu group dengan first batch student yang balik ke kampung masing-masing, which is my hometown. Meanwhile, tu la first time saya interact dengan ydp mpp kampus aku. Tak dinafikan dia memang peramah. Memang saya admire personality beliau sebab sanggup bersusah payah membantu students lain untuk balik ke kampung halaman. 


1 comment:

anamizu said...

teringat mcm-mcm kenangan masa PKP dulu :)