March 10, 2016

04. hati ini

assalamualaikum. post ini hanya sekadar luahan hati aku sahaja. takda niat langsung nak bukak aib orang or whatsoever

hari ni aku belajar bab baru. aku macam biasalah buat2 tak kisah tapi tetap bersemangat nak belajar. sebab subjek tu favourite aku. tapi itu dulu....

sampailah satu waktu ni, kami kena buat latihan ala2 ujian. aku mula2 faham kot bab tu tapi masalahnya, aku confuse dengan hukum apa entah. something like mansub and marfu' rasanya. tapi dengan keyakinan yang tinggi, aku tak expect markah aku teruk sebegitu rupa.

SUPPPPP!!! bunyi pukulan rotan "mencium" tangan aku. ya, i thought murabbi wanted to rotan my hand berkali-kali, yalahkan, aku buat banyak salah masa tu. aku tak dengar murabbi cakap dia nak rotan sekali. aku dengan muka bodoh cakap, "eh satu jak?" serius, aku macam retarded sebab tak serik-serik buat salah

waktu balik, keluar dari bilik guru, terserempak dengan murabbi tadi. aku tunduk je buat muka bodoh. "saya kecewalah dengan farrahin ni. benda senang macam tu pun tak boleh nak faham." ya Allah, Kau saja yang tau apa perasaan aku masa tu. lepas tersentap dengan kata2 murabbi, aku menangis. menangis sebab aku rasa akulah yang paling dungu dalam kelas tu. kata faham, tapi sebenarnya tak. bodoh sombong kata orang