May 10, 2019

21. kekesalan yang tak dapat diungkap


salam. lama tak update blog. tapi kali ni aku nak menzahirkan rasa sedih aku kat korang semua. jadi hari ni aku risau kenapa aku masih tak dapat tawaran ke program latihan separa perubatan. ceritanya macam ni... macam biasa aku selalu active kat sosmed, aku tengok2 ig story orang. sampai kat ig story schoolmate aku ni, aku agak terkejut sebab dia ada online exam untuk latihan separa perubatan hari ni. aku pelik, kenapa aku takde terima apa-apa message atau pemberitahuan awal pasal online exam LSP. jadi, sebab jiwa aku dah tak tenteram, aku search bila tarikh permohonan LSP untuk kemasukan bulan Julai 2019. 

rupa-rupanya...

tarikh permohonan perlu dihantar pada TAHUN LEPAS. serious aku tak acknowledge langsung pasal permohonan kat SPA tbh. aku tau pasal SPA ni pun dari kawan parents aku. tapi yang peliknya... kenapa dorang tak bagitau tahun lepas lagi eh. aku frust sangat2 sebab tinggi harapan aku nak masuk latihan separa perubatan ni. sebab tempat belajar dekat je dengan tempat aku (itu pun kalau dorang tempatkan aku kat sana) tapi apa pun, aku taklah niat nak salahkan siapa2. aku pun salah jugak sebab tak alert dengan tarikh permohonan untuk masuk LSP. 

frust memang frust... tapi apa boleh buat. aku ambil je apa2 peluang kat depan mata. aku dapat diploma sains di uitm samarahan kampus 2. alhamdulillah. tapi yang sebenarnya, course utama aku mohon kat upu ialah diploma kejururawatan. sebenarnya nak je mohon diploma kejururawatan. tapi masih keliru nak pilih course apa.. minat aku kat subjek sains & sains kesihatan memang ada tapi kemampuan aku taktaulah sejauh mana ia boleh bertahan.