July 5, 2019

23. cermin mata


assalamualaikum. 10 tahun yang lepas, masa umur aku 8 tahun, aku dah start guna cermin mata. inilah cermin mata pertama aku pernah guna. aku tak ingat berapa power mata aku sampai nak pakai cermin mata, yang pasti taklah tinggi sangat. dalam kelas aku, budak-budak excited betul tengok aku guna cermin mata. siap nak try pakai lagi. aku bagila dorang pinjam kejap, as long as dorang tak rosakkan cermin mata aku. tapi dorang oklah tak ganas mana pun guna cermin mata aku kalau dibanding dengan owner cermin mata tu sendiri. :/

paling tak boleh blah bila dorang test rabun mata aku sambil tunjuk jari. aku eksyen je buat-buat tak nampak berapa jari dorang. hahaha. lawak la korang ni

suatu hari, balik je dari kelas kafa, aku rasa pelik.. ada benda tertinggal. rupa-rupanya aku tertinggal cermin mata aku kat sekolah. paling teruk, aku lupa kat mana aku letak cermin mata aku. bapak aku bukan main lagi marah-marah cakap aku cuai bagai. anak mana tak cuak. huhu. bapak aku ni jarang marah, tapi kalau marah, mungkin seminggu merajuk terperap dalam bilik. lantaran itu, bapak aku tulis surat kat cikgu aku pasal cermin mata aku yang hilang. aku terus rasa bersalah kalau dah terlibat dengan pihak sekolah.

setelah hari ketiga kehilangan cermin mata, aku pergi tandas sebab nak kencing. tandas sekolah aku agak jauh dari kelas jadi lepas pergi tandas, aku ambik kesempatan jalan-jalan satu koridor sekolah sorang-sorang. sampai je aku kat kawasan surau, aku tengok satu benda yang agak familiar dengan memori ingatanku. dekat tingkap surau... rupa-rupanya cermin mata aku kat tingkap surau!! tanpa membuang masa, aku terus ambik cermin mata aku. loceng berdering menandakan waktu rehat. aku terus cakap kat cikgu aku yang cermin mata dah dijumpai. jadi, sampai sini sahaja cerita tentang cermin mata aku yang hilang! Haha

sebenarnya, degree mata aku tak besar mana tapi aku masih perlukan cermin mata sebab penglihatan masih tak jelas & sensitif dengan silau. selalunya aku guna bila perlu macam bila nak driving, baca buku, buat assigments & banyak lagi yang melibatkan tulisan.