August 23, 2019

24. unofficial uni life

Assalamualaikum & hello! Setelah sekian lama tak update post. Sekarang, aku sedang bercuti interim untuk 2 minggu & sedang berusaha untuk siapkan tugasan yang diberi sepanjang minggu interim berlangsung. Tapi aku berasa sangat sunyi sebab ramai kawan-kawan aku dah balik ke tempat pengajian masing-masing selepas seminggu bercuti untuk hari raya haji pada minggu lepas.

bulan lepas, aku sempat merasai bagaimana rasanya jadi pelajar universiti. tapi kali ni cuma permulaan je sebab belum masuk semester 1 lagi. cuma ada minggu interim untuk pelajar baru diploma. jadi, suasana kat kampus & kolej tersangatlah 'sunyi'. Sebenarnya suasana tak sunyi sangat sebab senior yang handle Minggu Destini Siswa cakap, intake kali ni berjumlah 1200 di kampus, jadi batch kali ni antara batch yang paling ramai berbanding batch sebelumnya.


Apa yang aku boleh simpulkan dari minggu interim ni, semuanya oklah. Dapat roommates yang baik belaka, dapat coursemate yang peramah & dapat berjumpa dengan kawan lama kat hometown aku. Cuma 1 je aku tak berkenan, kolej aku tersangat jauh dengan blok tempat kuliah. Disebabkan tu, aku beli basikal kat kedai berhampiran & duit lesap begitu sahaja :) aku plan nak jual balik basikal tu kalau aku dah habis graduate nanti. In sha Allah, doakan aku survive dari sem 1 sampai sem 6 ya!

Oh ya, aku cerita pasal kehidupan kat universiti tak bagitau pun ambil course apa. Untuk pengetahuan semua, aku ambil diploma in nursing kat UiTM Kota Samarahan. Jadi, budak UiTM kampus samarahan yang baca ni boleh lah tegur-tegur kalau terserempak ^___^ #UiTMdihatiku cewah haha

Pasal kawan pulak, sepanjang minggu interim, aku sering jadi lone wolf. Sebab aku ada kawan yang agak rapat masa first masuk uitm tapi dia dah pindah ke negeri sembilan. Tak sempat nak habiskan minggu interim dengan dia. Sejak dia pindah, aku jadi lone wolf, kadang-kadang ada juga approach coursemates yang aku kenal.

Q: Takda kawan yang sama sekolah ke?
A: ada je, tapi tak sama kampus jadi aku keseorangan kat sini, takda kenalan yang aku boleh jadi peneman kecuali some of my friends yang sama bandar.

Dan sekarang, aku dalam proses nak polish social skill aku supaya aku tak keseorangan bila dah masuk sem 1 kelak. Aku sangat teruk bila masuk bab buat kawan baru. Aku nak bersembang dengan mereka, tapi hati aku berkeras suruh aku diam seribu bahasa. dan aku berasa agak lega sebab majoriti dari kita semua mengalami benda yang sama. Jadi, kalau korang semua ada tips macam mana nak buat kawan dengan strangers, bolehlah letak kat ruangan komen ok! Terima kasih kerana sudi berkongsi :)