May 15, 2019

22. driving for the first time


assalam~ jadi hari ni aku pergi sekolah sebab nak ambil majalah sekolah. the main point is, hari ni aku first time bawak kereta ke bandar (*´▽`*) untuk tujuan keselamatan, aku bawak kawan aku yang pandai drive. unfortunately, dia cakap dia pun tak pasti boleh bawak manual atau tak. jadi aku tawakal lah sepanjang perjalanan ke sekolah. jadi kelemahan aku dapat kenal pasti bila ada kat jalan raya ialah... aku belok terlalu laju dan lambat (゚∀゚ ) tapi jangan risau, aku ada bagi signal kalau nak pergi mana2. huhu

tapi overall, pemanduan aku agak ok lah walaupun baru first time bawak kat luar. tapi jujurlah aku cakap, aku rasa lah kan. aku bawak agak reckless lah tadi haha. sebab aku ni jenis cepat gelabah tapi kalau ada parents dalam kereta memang panik as hell la. dorang punya "jangan lah bawak laju!", "eh hati2!" tu buat aku rasa lebih menakutkan berbanding test JPJ. haha

JPJ Test~

bercakap pasal test JPJ, aku nak cerita pengalaman lah macam mana aku jalankan test JPJ. pagi tu semua calon kumpul dalam satu bilik untuk dapatkan nombor giliran calon. jadi aku adalah orang yang terakhir untuk sesi 1. sedih jugaklah sebab tak dapat habiskan awal. pertama sekali, calon mesti buat RPK (rutin pemeriksaan kereta) & RMS (rutin sebelum memandu). semasa sesi RPK, masa tu 1 kereta untuk 3 orang kena buat rpk. jadi, suara kena kuatlah walaupun kau lemah lembut sekalipun. alhamdulillah, aku dapat buat semua walaupun ada tertinggal 2, 3 steps masa buat rpk dan rms.

jadi selepas rpk & rms, ujian dalam litar~ yang ni lama sikit nak tunggu sebab calon ramai sangat. plus, pegawai JPJ tu buat 2 tempat parkir je untuk calon. aku tunggu dalam sejam setengah kot masa tu memandangkan aku orang yang terakhir untuk sesi 1. masa nak tunggu giliran tu, aku takut sebab ada beberapa orang dah gagal kat bahagian bukit. kesian dorang, mungkin sebab nervous sangat. jadi, bila sampai giliran aku kat litar, alhamdulillah, i've managed to do everything. aku lulus ujian dalam litar. jadi tinggal satu lagi ujian... yang paling digeruni.. ujian atas jalan raya bersama pegawai JPJ yang tersayang :]

sejam lebih rehat, maka sampailah masa untuk ujian atas jalan. aku gementar sangat sebab takut terpijak garis putih atas jalan ; sebab kesalahan mandatori, kalau buat kesalahan tersebut... aku gagal serta merta. jadi aku tak berhenti-henti berdoa & berfikir macam mana nak elakkan kesalahan mandatori xD dah sampai giliran aku, alhamdulillah, pegawai JPJ aku dapat kali ni lemah lembut sikit orangnya. taklah garang sangat tapi tegas jugaklah. dengan penuh hati2 aku memandu di sebelah pegawai jpj masa tu. tapi aku anggap takde sesiapa kat sebelah aku, jadi taklah gelabah sangat bila memandu. & alhamdulillah, aku lulus ujian kat atas jalan. bersyukur sangat sebab dapat overcome rasa panik semasa jalankan semua ujian2 dalam satu hari.

jadi, sesiapa yang masih belajar & nak duduki ujian JPJ tu, nasihat aku, korang buat je ujian2 ni macam korang belajar dengan cikgu korang ataupun masa buat kpi. kalau masih ada salah, jangan takut & cuba lagi~ you can do this!!