May 25, 2021

27. Raya di perantauan (lah sangat)

     Assalamualaikum. Akhirnya ada juga masa untuk update blog tahun ni. Sangat busy tahun ni sebab online class and exams. Nak raya pun masih duduk depan laptop siapkan assignments sambil pakai baju raya. Kadang aku fikir, memang sedih tak dapat jumpa keluarga masa raya. Memang agak besar pengorbanan untuk aku sebab sepatutnya, kampung aku ni satu negeri je dengan tempat aku belajar. So macam rugi jugaklah tak balik raya. Tapi itulah pasal.. Kampus aku buat syarat kena isolate selepas raya untuk 10 hari dan agak membuang masa dan tenaga jugak nak buat isolation. Lagipun kampung aku tu agak jauh jugak. Tau-tau tak sampai seminggu je kat rumah. Baik aku beraya dalam kampus ja dengan kawan-kawan. Dapat jugak hilangkan rasa rindu suasana raya kat rumah. 

    Syawal ke-2, aku dah menghadap laptop siapkan assignment yang tertunggak masa bulan ramadhan. Kebetulan masa tu pakai baju kurung, jadi masih adalah aura raya walaupun nak siapkan assignment je. Akhirnya dapat juga merasa raya kat perantauan walaupun dalam negeri yang sama dan merasa hidup sebagai full-time students kat kolej. Oh ya, kenapa aku tinggal kat kolej? Sebab sepatutnya kami ada lab session kat kampus untuk proceed practical session yang tertunggak semester lepas tapi asyik delayed gara-gara kenaikkan kes COVID-19 secara mendadak kat area Uni aku. Maka, terperangkaplah kami di kolej ni, lagi-lagi kawan from Semenanjung and Sabah. 


1st Syawal. My roommates and I nak gi ambik makanan dari MPP kat Pusat Pelajar

From left: Tasliya, Reen, Me, Maira, Wawa, Frett, Shae and Fit

Gambar ni diambil masa 2019. Masa ni umur aku baru 18. Huhu