December 5, 2018

16. SPM is over

Assalamualaikum. alhamdulillah bersyukur sebab sempat habiskan SPM yang penuh dengan rintangan selama 4 minggu. Last paper aku hari ni, kimia. Sebenarnya budak kelas aku ada paper lagi esok. Kelas aku ada 2 aliran. Satu ambik biologi, satu lagi grafik komunikasi teknikal. GKT ni macam lukisan kejuruteraan gaklah tapi advance lagi kot.

Alhamdulillah so far agak smooth lah jawab soalan selama ni. Ada jugak soalan KBAT aku tak dapat jawab sangat tapi aku goreng je hehe. Tapi overall boleh kot... Aku pun macam tak yakin sangat dengan apa aku buat selama ni tapi mintak-mintaklah semuanya berjalan lancar.. Terutamanya bila penyemak kertas SPM semak kertas budak2. Seram oh. Aku harap semua penyemak kertas SPM dipermudahkan segala urusan. Moga-moga jiwa dan emosi terpelihara dari nafsu semata-mata.

Aku rasa beban baru je terlepas dari bahu aku. Tapi, aku tetap sedar, ini hanyalah pengakhiran kepada permulaan hidup sebagai.. remaja sejati? cewah. takdelah.. aku sebenarnya terkesan bila tengok gelagat sesetengah budak-budak baru habis SPM tempoh hari, yang naik atas motor buat jalan raya tu macam jalan nenek dorang. Pastu sorang lagi main dengan fire extinguisher dekat petrol station. MasyaAllah. baru habis paper kot xD kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. faham ke idok?

ok tukar topik. aku nak share gambar-gambar yang aku collect tahun ni. sebenarnya banyak lagi tapi... XD banyak sangat gambar yang best so aku ambik yang terbaik je xD haha


budak2 :D

boboys advance lagi kalau bab selfie xD

DOPE