January 8, 2019

19. tidak OK


assalam. sehari harian mood aku swing. macam-macam perkara yang berlaku dua tiga hari ni. semalam aku ada konflik dengan kawan internet aku sebab dia kurang perhatian dari aku. sejujurnya, aku bukanlah seorang manusia yang reply message orang on time. aku pun ada juga kerja nak dibuat kat rumah selain reply message orang. kadang2, family members aku sendiri pun aku tak reply. aku lebih prefer luangkan masa aku baca artikel & tengok video kucing kat fb dari message dengan kawan2 or family.

satu lagi, masa aku main game habboon, aku alami sexual harrasment dari seorang stranger. dengan spontannya aku cakap aku bukan perempuan. dia cakap taste dia pun lelaki juga. aku apa lagi, aku marah dia balik, but in a good way. aku suruh dia jangan chat lagi. lepastu dia pergi tengking aku balik. aku macam tak faham. sebelum tu dia boleh pulak dirty talk dengan aku. siapa tak panas kalau ada orang cakap benda tak senonoh. aku tak faham dengan orang zaman sekarang, tak takut sembunyi aib sendiri.

anyway.. terima kasih sebab sudi baca luahan hati aku walaupun tak penting. sebab aku taktau nak luah kat siapa lagi selain Tuhan. anda readers sahaja yang sudi baca. walaupun sekejap. aku hargainya. jangan lupa tinggalkan 'footprint' anda di cbox!