December 18, 2018

17. tak kenal maka tak cinta


sorang lagi takde :>

assalam. so hari ni hatiku terbuka untuk reveal band kegemaran aku iaitu Sunset Rollercoaster. Band yang berasal dari Taiwan ini terdiri daripada 6 orang ahli. Aku macam tak sangka macam mana aku boleh berminat dengan band dari Taiwan ini. Tapi minat aku pada mereka bermula dari Youtube, dimana Youtube rekomen aku lagu My Jinji

Pada mulanya aku agak annoyed bila tengok Youtube asyik rekomen benda yang sama. Aku ego. Lepas tu, aku dah mengalah sebab video My Jinji asyik direkomen oleh Youtube hampir setiap hari. Aku mainkanlah terus video tersebut. Ternyata aku salah, lagu tersebut sangat cantik melodinya. Dengan nada yang rendah dan agak santai, aku tenggelam dalam keindahan melodi lagu tersebut. 

Ok mungkin lagu tu taklah cantik sangat bagi orang lain. Tapi bagi aku, inilah contoh lagu yang menepati citarasa aku. Lagu yang tak rancak, tapi santai dan liriknya yang bermakna. Selepas aku dengar lagu ni selama berbulan-bulan, aku cari lagi lagu dari band yang sama. Tapi bosan pulak dengar dekat Youtube sebab lagu tak dapat dimainkan semasa telefon tidak dibuka. Jadi, aku download Spotify sebab aku tahu semua lagu best2 mesti ada kat Spotify. Tekaan aku betul. Lagu Sunset Rollercoaster ada di Spotify!!

Aku belajar untuk dengar semua lagu Sunset Rollercoaster kat Spotify. Rupanya banyak lagu yang aku jumpa menepati taste music aku. Cantik sangat2. Tapi aku terpaksa berhenti dengar buat seketika sebab masa tu SPM was just around the corner. Jadi, aku dengar lagu2 SR masa free time je. Memang best. 

Tapi jujur aku cakap, aku bukan peminat fanatik tapi aku memang adore semua lagu Sunset Rollercoaster. member paling aku suka ialah KuoKuo. Aku ada follow dia dalam ig. Unexpectedly, he followed me back in return. Aku macam tak percaya. Dan sekarang aku tengah berperah otak nak dm dia sebab aku dah berhasrat nak dm dia lepas aku habis SPM. Nervous....



December 5, 2018

16. SPM is over

Assalamualaikum. alhamdulillah bersyukur sebab sempat habiskan SPM yang penuh dengan rintangan selama 4 minggu. Last paper aku hari ni, kimia. Sebenarnya budak kelas aku ada paper lagi esok. Kelas aku ada 2 aliran. Satu ambik biologi, satu lagi grafik komunikasi teknikal. GKT ni macam lukisan kejuruteraan gaklah tapi advance lagi kot.

Alhamdulillah so far agak smooth lah jawab soalan selama ni. Ada jugak soalan KBAT aku tak dapat jawab sangat tapi aku goreng je hehe. Tapi overall boleh kot... Aku pun macam tak yakin sangat dengan apa aku buat selama ni tapi mintak-mintaklah semuanya berjalan lancar.. Terutamanya bila penyemak kertas SPM semak kertas budak2. Seram oh. Aku harap semua penyemak kertas SPM dipermudahkan segala urusan. Moga-moga jiwa dan emosi terpelihara dari nafsu semata-mata.

Aku rasa beban baru je terlepas dari bahu aku. Tapi, aku tetap sedar, ini hanyalah pengakhiran kepada permulaan hidup sebagai.. remaja sejati? cewah. takdelah.. aku sebenarnya terkesan bila tengok gelagat sesetengah budak-budak baru habis SPM tempoh hari, yang naik atas motor buat jalan raya tu macam jalan nenek dorang. Pastu sorang lagi main dengan fire extinguisher dekat petrol station. MasyaAllah. baru habis paper kot xD kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. faham ke idok?

ok tukar topik. aku nak share gambar-gambar yang aku collect tahun ni. sebenarnya banyak lagi tapi... XD banyak sangat gambar yang best so aku ambik yang terbaik je xD haha


budak2 :D

boboys advance lagi kalau bab selfie xD

DOPE


November 23, 2018

15. school is over

assalam. lama betul tak buat entry. kali ni aku update blog sebab nak cakap hari ni hari last skolah aku. gembira tu memanglah cuma.. SPM tak habis lagi ni. ada lebih kurang 2 minggu lagi nak habis SPM. hari ni aku sedih sangat. sebab ada ramai cikgu pindah sekolah. ada cikgu yang pindah ke tempat baru, ada yang balik ke kampung asal mereka, ada yang pindah semenanjung. hiba sangat tapi aku tak menangis sangat.. sebab aku jenis hati batu. tapi kalau benda tu menyedihkan sangat baru aku keluar air mata. aku tak ego tapi apa boleh buat........

aku jeles tengok budak2 junior d dah bercuti. aku ada 12 paper lagi nak diperjuangkan. kawan budak kelas lain ada juga seminggu lagi nak habis paper. bestnye korang..

August 11, 2018

14. trial examination

funny image




salam. sekian lama blog ni ditinggalkan. dalam bulan ni sekolah aku dah start trial,  dari kelmarin. semalam subjek syariah islamiah. agak susah tapi boleh jawab ah takde tinggal soalan.

hari ni sekolah ganti jadi exam pun ada jugak. hari ni subjek sejarah. tak tau nak cakap apa. memang... susah. tak dapat dinafikan. tapi balik dari ujian tadi sempat berpakat dengan member nak cek paper 1 sejarah. alhamdulillah, majority dari kelas aku dapat 30 ke atas untuk paper 1. tahniah!

tapi yang rendah tu takpe, masih ada saki baki masa untuk belek2 buku teks form 4. sebab tadi paper 2 banyak giler soklan bab form 4 masuk. ada satu chapter aku tak suka dalam form 4.... bab 10. bab tu memang gerenti aku tak baca tapi boleh pulak masuk dalam soalan bahagian a paper 2. payah!

tapi.. kalau awak2 sedang membaca entry aku ni. aku mintak satu je. tolong doakan kami pelajar form 5 dari smk agama sibu memperoleh keputusan SPM yang cemerlang ; straight A's. Aamiin..

February 16, 2018

13. alamak

life, sad, and hate image



salam. sementara aku ada masa rehat setelah membuat kerja sekolah, aku nak cerita sikitlah perasaan yang aku hadapi sejak kebelakangan ni. sebenarnya aku dah mula ujian untuk rabu minggu depan. sedangkan kat depan aku ni laptop handphone tv semua ada. nampak tak aku belum bersedia ni? gementar amat. dahlah semua tajuk tingkatan 4 aku belum belajar. //macam ni kau nak hadap spm?//

sedang aku rasa gementar ni, perasaan benci pun mula muncul. pendek kata, jerawat aku dengan suburnya tumbuh di permukaan muka aku. sebab tahun lepas, muka aku takde lah teruk sangat jerawat tumbuh. kalau tumbuh pun lepas 1 malam jerawat hilang terus. mungkin sebab rutin harian aku tak terjaga? ataupun sebab perubahan hormon? entahlah nak malas nak fikir

kerja rumah cikgu bagi ni pulak macam apa. aku tak salahkan cikgu jugak sebab aku sebenarnya yang malas, kaki complain. tapi serious ah kerja rumah untuk cuti tahun baru cina ni banyak gile. cuti 6 hari je kot.