January 1, 2019

18. tahun baru

assalam.. alhamdulillah. kita sekarang berada pada tahun 2019, masih sempat untuk teruskan kehidupan. aku macam tak sangka aku dah 18 unofficially. huhu. dah tak risau kalau ada movie untuk 18+ ke atas. maksud aku bukan filem porno ye. hari ni aku gelak sakan sebab adik aku sorang je yang masih bersekolah tahun ni. dia kelas khas, tak ambil SPM. adik aku autistik sejak dia kecil lagi. tapi best ah boleh sakat adik pergi sekolah woohoo!

aku sedih sebab masih belum ambil lesen kereta lagi. saudara mara sebaya aku ni dah ada lesen dah. aku macam masih belum keluar dari gua kemunduran. nak keluar rumah beli barang pon susah. huhu. aku tak mintak aku freedom macam budak wicet, tapi aku mintak kerja2 aku yang melibatkan luar rumah jadi senang je. plus, aku nak tolong mak aku hantarkan adik aku pi skolah pagi petang supaya jadual kerja mak tak terganggu. 

baiklah... bercakap tentang azam pula.. banyak azam aku nak capai tahun ni. tapi kebanyakkannya melibatkan physical appearance kot huhu. aku pun nak cantik macam orang lain gak. kawan2 aku ramai muka licin cerah berseri. aku ni macam kentang mentah. tapi azam utama, aku nak jadi orang yang lebih baik dari tahun depan & achieve keputusan SPM with flying colours. Insya Allah. aku doakan semua yang ambil SPM 2018 dapat keputusan yang gempak dan menggoncang dunia! (amboi ayat!)

sempena tahun baru ini, aku dengan rela hati tunjuk wajah sebenar aku memandangkan aku jarang expose identiti sebenar aku dalam dunia blogging. jangan gelak ok! 


maaf, ada filter :P